Tadbir urus ialah sistem dan proses yang digunapakai di dalam perniagaan agar pengurusan pernigaan dijalankan dengan baik, nilai yang dijana mencapai matlamatnya dan risiko diurus ketahap yang ditetapkan.

Walaupun tadbir urus ini sebenarnya bergantung kepada insan-insan yang terlibat, keperluan kepada sistem dan proses yang disesuaikan dengan tahap kematangan perniagaan serta risiko yang dihadapinya tetap penting.

Elemen-elemen tadbirurus yang utama adalah:

Seperti yang dibincangkan sebelum ini, setiap perniagaan mempunyai misi dan visinya yang tersendiri. Ianya dicapai melalui strategi yang ditetapkan yang diasaskan kepada objektif-objektif tertentu. Sebarang perkara yang menghalang pencapaian objektif-objektif berkenaan adalah risiko yang mesti diurus dan dikawal untuk kebaikan pemegang saham dan pihak yang berkepentingan. Inilah intipati tadbirurus di dalam perniagaan. Ini bermakna, risiko bukan sahaja terbatas kepada bila perkara buruk berlaku tetapi kegagalan untuk mengambil peluang juga adalah satu risiko perniagaan. 

Tadbirurus biasanya dikaitkan dengan peraturan dan undang-undang, apa yang penting ialah bagaimana prinsip dan konsepnya difahami dan diamalkan dengan berkesan. 

Walaupun banyak proses-proses dan amalan-amalan terbaik dimaklumi dan digunapakai di dalam perniagaan yang besar-besar, perniagaan yang lebih kecil boleh mengamalkan tadbirurus yang baik dengan lebik kreatif dan praktikal, pada kos yang mampu ditanggung berdasarkan risiko yang perlu diuruskan.