Pendidikan asas dan berterusan
Di samping berkongsi pandangan dan pendapat berkenaan dengan perkara-perkara yang melibatkan seorang CEO, program-program pendidikan akan juga diadakan bagi meluaskan lagi ilmu-ilmu dan pengalaman yang berkaitan di kalangan usahawan dan kepimpinan kanan perniagaan.
Program-program pendidikan ini akan menggunakan konten di laman ini sebagai asas kepada pengisiannya di samping perkongsian di atas talian dan juga program bersemuka. Adalah diharapkan program-program pendidikan ini akan meningkatkan lagi pencapaian seseorang yang berperanan sebagai CEO di dalam perniagaannya.
Program Minda CEO adalah program perdana (flagship programme) yang memperkenalkan idea berkenaan minda-minda asas yang perlu ada kepada seorang CEO. Ianya dijalankan selama sehari di mana konsep 5 Minda Asas CEO akan dibincangkan. Di samping itu, perkara-perkara lain yang membantu seorang CEO seperti kemahiran, nilai dan juga alatan pengurusan akan diperkenalkan kepada para peserta.

Sila tonton video Intisari Program Minda CEO
Siri Pengukuhan Lanjutan CEO pula ialah program-program pendidikan berterusan yang memfokuskan kepada ilmu-ilmu dan kemahiran-kemahiran yang perlu dipraktikkan di dalam perniagaan. Ini disampaikan oleh orang-orang yang sememangnya berkecimpung di dalam bidang berkenaan dan mempunyai pengalaman yang boleh dimanfaatkan.
Di samping itu, peserta berpeluang untuk diperkenalkan kepada perkara-perkara baharu di dalam industri dan juga di alam perniagaan.
