Seorang CEO adalah seorang pemimpin, pentadbir, pengurus dan juga seorang yang memperkukuhkan rangkaian di kalangan pihak yang mempunyai kepentingan dengan organisasinya. Oleh yang demikian, beliau tidak boleh menghadkan pemikiran dan fokusnya kepada dimensi yang terhad yang sesuai dengan kesukaannya sahaja.
Oleh kerana orang yang berada di puncak mana-mana organisasi boleh datang dari pelbagai latar, ada kemungkinan besar dia akan menumpukan usahanya kepada apa yang sudah biasa baginya. Bagi orang yang teknikal lebih kepada perkara teknikal, bagi yang alasnya dari pemasaran akan lebih kepada pemasaran. Ini adalah di antara punya mengapa seorang CEO boleh terlepas pandang banyak perkara lain yang penting tetapi berada di luar lingkaran kebiasaan beliau. Akhirnya organisasi yang diterajui akan menanggung akibatnya.
Jika organisasi diandaikan sebagai sebuah bukit, kedudukan CEO adalah di puncaknya. Dari situ pandangannya luas tetapi mungkin tidak berapa jelas. Dia boleh nampak apa yang orang di kaki bukit tidak nampak tetapi orang yang berada di bawah boleh nampak objek di sekelilingnya dengan nyata dan terang. Jagi, peranan CEO ialah untuk membantu orang yang berada di pelbagai ketinggian untuk sama-sama bekerjasama untuk mencapai apa yang dituju berdasarkan apa yang CEO nampak dari puncak. Di dalam kebanyakan keadaan, CEO mencapai matlamat organisasi dengan bekerja melalui orang lain dan tidak hanya melakukan pelbagai perkara dengan bersendirian.
Inilah minda yang perlu ada kepada seorang CEO. Dia bertanggungjawab untuk membawa organisasi ke destinasi yang sudah dipersetujui oleh pihak lembaga pengarah atau apa-apa sahaja kedudukan seumpamanya. CEO menjadi penghubung di antara lembaga pengarah dengan pengurusan serta warga organisasi yang lain serta pihak luar yang berkepentingan. Dia seharusnya mampu untuk meyakinkan pihak-pihak yang mempunyai pelbagai pandangan dan kepentingan untuk fokus kepada kejayaan bersama melalui kejayaan organisasi yang dikongsi bersama. Walaupun tidak semestinya seorang CEO mempunyai ilmu dan kemahiran teknikal yang bersepadan dengan operasi oeganisasi, dia tidak boleh berasa asing dengan perkara-perkara teknikal demikian.
Yang lebih penting, seorang CEO itu kena sedar bahawa nilai yang dipegang dan diserlahkannya akan membentuk budaya di dalam organisasi dan akan menpengaruhi pencapaian organisasi. Jadi, CEO tidak boleh lari dari tanggungjawab untuk meletakkan kepentingan organisasi dan pihak yang berkepentingan di atas kepentingan dirinya sendiri.
Kesemua di atas boleh disimpulkan sebagai 5 Minda Asas CEO yang terbahagi seperti berikut:
- Minda Pengawas
- Minda Strategik
- Minda Pembina
- Minda Penghubung
- Minda Pemimpin
Bacaan sokongan:
Memahami Kedudukan Sebenar Perniagaan
Menentukan Halatuju dan Strategi Perniagaan
Meransang Inovasi Dan Kreativiti
Menyesuaikan Struktur Organisasi Dengan Strategi
Di Antara Keuntungan Dan Nilai Perniagaan
Organisasi Adalah Kumpulan Insan
Membentuk Pasukan Pengurusan Yang Kukuh
CEO Berusaha Ke Atas Perniagaan
Mencari Peluang Dan Menguruskan Risiko
Membentuk Kepercayaan Dan Keyakinan Ke Atas Perniagaan
Mengambil Tanggungjawab Dan Melakukan Apa Yang Betul
Mempelopori Perniagaan Sebagai Satu Ibadah