Pengurusan Perniagaan

Walaupun ada pelbagai dimensi di dalam menguruskan perniagaan, kita boleh dikumpulkan dimensi-dimensi tersebut kepada 6 dimensi yang utama: 

  • Pengurusan strategi
  • Pengurusan pemasaran
  • Pengurusan potensi insan
  • Pengurusan operasi
  • Pengurusan kewangan
  • Pengurusan pematuhan

Penggumpulan dimensi-dimensi di atas dibuat semata-mata di atas pemerhatian ke atas amalan-amalan syarikat-syarikat korporat yang ada di dalam ekonomi di pelbagai negara. Apa yang dicadangkan ini adalah asas sahaja dan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian perniagaan masing-masing. 

Pemecahan dimensi pengurusan perniagaan ini akan memudahkan usahawan untuk mengagihkan sumber mereka terutamanya ahli pasukan dan kewangan agar dimensi-dimensi berkenaan dapat dibangunkan sejajar dengan perkembangan perniagaan.

Mungkin ada lagi perkara-perkara lain yang penting seperti inovasi yang tidak dijadikan satu dimensi yang tersendiri. Namun, ini boleh dimasukkan ke dalam salah satu dari dimensi di atas seperti sebahagian dari pembentukan strategi atau dipecahkan ke dalam beberapa dimensi lain seperti inovasi di dalam pembangunan produk, inovasi di dalam proses dan inovasi di dalam pemasaran dan jualan.

Pada asasnya, untuk menjadikan perniagaan kukuh dan mampu bertahan lama, ke enam-enam dimensi di atas harus diurus dengan baik pada setiap masa. Namun, oleh kerana setiap perniagaan biasanya akan menghadapi kekangan sumber dan dana, pilihan harus dibuat untuk menentukan dimensi mana yang perlu diperkukuhkan dahulu. 

Biasanya, dimensi strategi dan pemasaran mungkin harus diberi perhatian sebelum perkara-perkara lain disentuh dengan cara yang mendalam. Ini adalah kerana, tanpa produk yang ada pasarannya, perniagaan tidak akan mampu pun untuk melepasi fasa permulaan seperti yang dibincangkan di atas.

Para usahawan perlu mempastikan setiap dimensi asas diurus dengan baik sebelum pergi ke peringkat yang lebih kompleks dan tinggi. Untuk ke peringkat yang lebih tinggi, perkara-perkara lain seperti teknologi, sistem maklumat sokongan, pekerja yang ada kemahiran khusus dan sertifikasi proses mungkin diperlukan.

Satu perkara yang menjadi penting di dalam perniagaan di zaman ini ialah keupayaan untuk berjalan di dalam satu jaringan yang lebih besar. Di dalam industri perkhidmatan contohnya, sesebuah perniagaan boleh menggunakan pakar-pakar yang memberi perkhidmatan secara bebas. Oleh itu, bagaimana dimensi-dimensi pengurusan di atas diintegrasikan dengan jaringan yang lebih luas itu menjadi kritikal bagi pernigaan yang memilih model perniagaan yang banyak bergantung kepada keupayaan atau bekalan dari luar.

Tahap Kematangan Perniagaan

Pihak Yang Berkepentingan dan Rantaian Nilai Perniagaan

Pengurusan Strategi

Pengurusan Pemasaran

Pengurusan Potensi Insan

Pengurusan Operasi

Pengurusan Kewangan

Pengurusan Pematuhan