Pengurusan Pematuhan

Sebuah perniagaan biasanya beroperasi di dalam lingkungan undang-undang dan peraturan yang sentiasa berubah. Mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan yang berkenaan adalah penting agar perjalanan syarikat tidak terjejas. Di antara asas kepada undang-undang dan peraturan yang perli dipatuhi adalah:

  • Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan jenis perniagaan seperti syarikat terhad, perkongsian atau pun perniagaan tunggal
  • Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan industri yang diceburi seperti keperluan kepada lesen dan syarat-syarat lesen
  • Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan lokasi perniagaan seperti permit dari kerajaan untuk menjalankan operasi, cukai bangunan dan harta
  • Undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan kewangan seperti cukai pendapatan, cukai jualan dan undang-undang anti-penggubahan wang haram dan pembiayaan pengganas
  • Tanggungjawab yang dimasuki secara kontrak samada dengan pembekal, pelanggan dan pihak ketiga yang berkaitan

Rajah di atas menggambarkan contoh ketiga-tiga dimensi pematuhan yang disebutkan.

Adalah menjadi satu perkara yang penting agar kesemua undang-undang dan peraturan yang berkenaan disenaraikan dan kaedah pematuhannya dikenalpasti. Kemudian, pematuhan dimasukkan ke dalam prosedur operasi perniagaan agar tidak ada yang terlepas pandang. Ini perlu disemak dari masa ke semasa oleh pihak yang faham akan perkara ini.

Ada pembayaran tertentu yang akan menjadi tanggungan peribadi pengarah jika perniagaan berkenaan gagal untuk menjelaskannya. Ini termasuk bayaran cukai syarikat, caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan, di antaranya.

Selain tanggungjawab dari segi undang-undang, perniagaan juga tidak boleh terlepas pandang tanggungjawab yang wujud secara kontrak atau perjanjian pembiayaan, jika ada.