Buku ketiga saya Minda Strategik mula memasuki pasaran apabila mula dijual di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025. Buku ini diterbitkan oleh Jejak Tarbiah, penerbit buku Minda CEO dan juga Old Money New Money.
Buku Minda Strategik bukan sahaja membincangkan berkenaan pembentukan, pelaksanaan dan penilaian strategi perniagaan tetapi turut dimuatkan dengan pelbagai anekdot dan kajian kes supaya idea yang mahu disampaikan lebih jelas. Buku ini ditulis supaya kandungannya mudah diamalkan di lapangan.

Kandungan buku ini merupakan rangkuman pengalaman saya di pelbagai perniagaan dan institusi seperti Khairuddin Hasyudeen & Razi (KHR), Institut Akauntan Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Bank Islam dan Lembaga Tabung Haji. Gaya penulisannya diarahkan kepada usahawan yang sedang menguruskan perniagaan yang sedang berkembang pesat dan mula mempunyai bilangan ahli pasukan yang besar.
Selain dari itu, idea berkenaan 8 elemen Minda Strategik serta cabaran-cabaran di dalam melaksanakan strategi juga dimasukkan.
Buku ini boleh dibeli di Jejak Tarbiah atau boleh dipesan atas talian di sini.