Saluran Video Bimbingan CEO

Saluran video Bimbingan CEO ini dilancarkan dengan tujuan untuk membincangkan topik-topik dan idea-idea berkenaan proses membimbing CEO.

Ianya di dalam bahasa Melayu kerana masih ada keperluan untuk memperbanyakkan konten-konten ekonomi dan bisnes di dalam bahasa ini.

Saluran ini diharapkan akan menjadi sumber rujukan kepada usahawan dan eksekutif yang mahu menjadi CEO yang berkesan dan cemerlang. Samada kita suka atau tidak, kelestarian perniagaan dan daya saingnya ditentukan oleh CEO yang menerajui perniagaan berkenaan.

Bagi membolehkan anda mendapat maklumat berkenaan video-video terbaharu, silalah langgan (subscribe) saluran ini.