Kesemua perniagaan merancang hal ehwal kewangan tahunan melalui bajet tahunan. Ini merangkumi pendapatan, perbelanjaan, perolehan aset dan juga kaedah pendanaan termasuk penambahan modal dan pembiayaan luar.
Bajet tahunan dibentuk berdasarkan pelan perniagaan yang mengambil kira strategi perniagaan yang sudah dipersetujui. Selain dari sasaran jualan dan juga perbelanjaan, kaedah pembiayaan perolehan aset strategik perlu juga ditetapkan. Di antara kaedah yang boleh dipertimbangkan ialah penambahan modal atau pun mendapatkan pembiayaan dari pihak luar. Ini adalah kerana proses menambah modal atau pun mendapatkan pembiayaan mungkin panjang dan rumit.
Di antara perkara yang penting yang perlu diberikan perhatian ialah bila dana dikumpulkan dan bila pula perolehan aset disempurnakan. Ini penting kerana kelewatan membawa masuk aset boleh menyebabkan sasaran pengembangan pasaran terbantut kerana kapasiti pengeluaran tidak memenuhi sasaran di dalam strategi dan pelan perniagaan. Bajet yang dirangka perlu realistik agar sasaran-sasaran pencapaian yang terkandung di dalamnya boleh dicapai.
Proses penyediaan bajet tahunan yang dibentul di atas strategi perniagaan boleh digambarkan di dalam rajah berikut:

Andaian-andaian yang digunakan di dalam bajet tahunan diambil dari rancangan perniagaan dan juga strategi perniagaan, diselaraskan dengan unjuran terkini berdasarkan data-data yang dikumpulkan dan sudah dinilai ketepatannya.