Minda Strategik lebih kepada kefahaman dan persepsi yang menjadi asas kepada keputusan dan tindakan manakala Pengurusan Strategi pula ialah polisi, sistem dan proses bagi menjadikan strategi perniagaan mantap dan dilaksanakan dengan berkesan.
Ini boleh digambarkan melalui rajah berikut:

Seorang CEO perlu memiliki Minda Strategik. Dia bukan sahaja kena menerima hakikat bahawa dia bertanggungjawab ke atas strategi perniagaan tetapi perlu memahami isu-isu strategik serta membuat keputusan dan mengambil tindakan berdasarkan strategi yang telah ditetapkan.
Untuk membolehkan dia berbuat demikian, CEO perlu memerhatikan perkembangan pasaran dan juga persaingan, menetapkan peluang yang mahu diambil serta menguruskan risiko yang mendatang serta mendorong ahli pasukannya sentiasa berfikir dan bertindak secara strategik.
Di samping itu proses pengurusan strategi perlu diwujudkan bagi mempastikan strategi dibentuk, dilaksanakan dan dinilai secara berkesan. Ini memerlukan pelbagai polisi, sistem dan proses dibentuk dan dijalankan secara berterusan. Yang lebih kritikal ialah pemupuk pemikiran strategik di kalangan warga perniagaan sehingga ianya menjadi budaya.
Tanggungjawab untuk menguruskan strategi ini tidak semestinya diletakkan di pejabat CEO. Ada banyak syarikat-syarikat korporat yang ada Ketua Pegawai Strateginya yang tersendiri. Namun, CEO kena menjadi orang yang menetapkan rangka strategi yang akan dibina dan dilaksanakan oleh pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan strategi.
Di dalam proses pengurusan strategi pula, banyak pihak lain di dalam perniagaan akan terlibat. Mereka bertanggungjawab untuk mempastikan strategi dibentuk dengan mengambil kira kesemua maklumat yang relevan, dilaksanakan dengan berkesan dan hasilnya dinilai secara menyeluruh dan objektif agar strategi perniagaan sentiasa sesuai dengan keadaan pasaran yang sentiasa berubah.
Di antara amalan terbaik berkenaan pelaksaan strategi ialah dengan menubuhkan unit pelaksanaan strategi yang mengkoordinasi pelaksanaan kesemua program dan inisiatif yang dirancang. Unit ini juga akan membantu dari segi pengagihan sumber dan dana yang diperlukan oleh setiap pihak yang bertanggungjawab di dalam pelaksanaan strategi. Laporan berkenaan keberhasilan strategi dibuat secara berkala untuk dibincangkan dan tindakan pihak pengurusan termasuk CEO.