Membina satu pasukan yang mantap merupakan satu perkara yang amat penting di dalam perniagaan. Pasukan ini bukan sahaja mempunyai ilmu dan kemahiran yang diperlukan oleh perniagaan tetapi mereka jelas akan arah tuju yang hendak dicapai dan boleh bekerja tanpa memerlukan seliaan yang berterusan dari seorang CEO.
Proses ini perlu berstrategik dan memerlukan masa yang panjang. Oleh itu setiap langkah perlu diatur besesuaian dengan kehendak strategi serta sumber yang ada di dalam perniagaan.
4 Proses yang perlu diikuti untuk membina satu pasukan yang matap ialah:
- Merangka pasukan mana yang kita perlukan berdasarkan strategi perniagaan dan realiti yang ada;
- Membawa masuk bakat-bakat yang ada ilmu, kemahiran, pengalaman dan nilai yang diperlukan dan boleh bekerja dengan orang lain sebagai satu pasukan;
- Membangun dan memperkembangkan bakat sebagai satu pasukan bagi membolehkan mereka mencapai potensi mereka; dan
- Mengekalkan ahli pasukan yang sudah terbentuk itu agar perniagaan mendapat manfaat dari pelaburan yang sudah dibuat ke atas pasukan ini.
Boleh dikatakan setiap perniagaan akan menghadapi cabaran di dalam pembinaan pasukan yang mantap ini. Ini adalah kerana suasana perniagaan yang dinamik yang mana keperluan kepada bakat-bakat baharu boleh menjadi mendesak dengan tiba-tiba. Di dalam masa yang sama, kestabilan ahli pasukan boleh terjejas jika bakat-bakat yang dilatih ini meninggalkan perniagaan.
Sila tonton video berkenaan 4 proses yang dibincangkan di atas bagi mendapatkan penerangan lanjut berkenaan pembangunan ahli pasukan yang mantap ini.