Pelanggan akan melanggan barangan atau perkhidmatan kita apabila apa yang mereka langgan itu menyelesaikan masalah mereka dan menambah nilai di dalam kaca mata mereka. Namun, perniagaan perlu memenuhi beberapa perkara lagi.
Usahawan yang mengasaskan dan membangunkan perniagaan mengambil pelbagai risiko dan kena menghadapi pelbagai cabaran. Untuk menjadikan kesemua ini berbaloi, dia perlu mendapat menjana keuntungan melalui perniagaan. Sekiranya ada pelabur, mereka juga mahukan pulangan yang berkadar dengan risiko yang mereka ambil. Oleh itu perniagaan perlu menguntungkan.
Selain dari yang di atas, kita sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini perlulah menjadikan pernigaan kita sebagai ibadah dan menjalankannya dengan tujuan untuk meluaskan rahmat di muka bumi ini. Perniagaan boleh menjana pelbagai manfaat kepada masyarakat.
3 inti pati perniagaan ini perlu difahami dan dicapai melalui pelbagai usaha seperti membentu strategi, membuka pasaran, menjadikan operasi efektif, membina modal insan, mengukuhkan kedudukan kewangan dan mempastikan perniagaan mematuhi pelbagai peraturan dan undang-undang.
Sila tonton video berkenaan berniaga, menambah nilai dan meluaskan rahmat ini.