Satu tugas utama CEO ialah menentukan hala tuju perniagaan. Ini meliputi pemilihan pasaran, kategori pasaran, pembentukan produk, pemasaran dan lain-lain lagi. Secara mudah, CEO kena tahu di mana Titik A dan di mana Titik B.
Kejelasan berkenaan strategi akan membantu ahli pasukan untuk mengenal pasti peranan dan sumbangan mereka bagi memajukan perniagaan. Mereka tak boleh hidup di dalam suasana misteri, tak tentu ke mana CEO nak bawa perniagaan berkenaan.
Walaupun CEO boleh mendapatkan batuan orang lain samada dari dalam atau luar perniagaan, CEO tetap bertanggungjawab ke atas strategi yang dibentuk itu. Malah, di dalam pelaksanaan strategi, peranan yang dimainkan oleh seorang CEO sebagai pendorong dan pemudah cara amat penting.
Oleh kerana pasaran ni sentiasa berubah dan dinamik, isu-isu strategik kena sentiasa dinilai semula. Ianya tidak boleh dibiarkan sehingga sudah terlambat.