Minda Pengelola – Asas Kepada Minda CEO

Setiap sesuatu binaan kena ada asasnya. Bagi Minda CEO, asasnya ialah Minda Pengelola. Mengapa ini menjadi minda yang paling penting?

Minda Pengelola atau pun The Mind Of A Steward merupakan minda yang mana seorang CEO sedar dan menerima tanggungjawbnya sebagai orang yang mempunyai kedudukan eksekutif yang tertinggi di dalam perniagaan. Banyak pihak yang bergantung kepada pencapaian dan prestasi CEO termasuk pemegang saham, lembaga pengarah dan juga pelbagai pihak di dalam dan luar perniagaan.

Kesedara berkenaan tanggungjawab sebagai hamba Allah dan khalifah juga akan menjadikan seorang CEO tahu dia kena menjadikan jawatannya itu sumber ibadah dan sebarang tindakan yang diambil kena selari dengan kehendak Allah yang mahukan bumi ini ditadbir dengan adil.

Seorang CEO juga perlu berani kerana untuk menjalankan apa yang betul belum tentu dia akan menjadi popular. Sekiranya apa yang betul itu bertentangan dengan kehendak pihak-pihak yang lebih berkuasa, CEO kena sanggup menghadapi halangan dan cabaran berat bagi melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya.