Semua CEO Ada Minda CEO?

Adakah jawatan sebagai seorang CEO itu datang dengan segala ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu ada kepada seorang CEO? Belum tentu. Ini semua bergantung kepada proses bagaimana seorang itu sampai ke jawatan berkenaan.

Di dalam masa yang sama, kita tidak perlu menduduki jawatan CEO untuk mempunyai minda sebagai seorang CEO. Ini adalah kerana seseorang itu boleh berusaha untuk mebangunkan dirinya sebagai seorang yang berfikir dan bertindak sebagai seorang CEO, di dalam konteks kedudukannya di dalam mana-mana organisasi.

Video yang dikongsikan di sini membincangkan berkenaan perkara ini. Jika anda seorang CEO, anda kena pastikan anda sudah bermindakan seperti seorang CEO bagi membolehkan anda menjadi seorang CEO yang berjaya.