Mengurus Untuk Berkembang

Laporan yang dikongsikan di sini diterbitkan di dalam tahun 2003. Ianya memfokuskan kepada halangan-halangan dalaman dan luaran yang boleh mempengaruhi perkembangaan perniagaan kecil dan sedarhana di Kanada.

Hasil dari kajian ini ialah satu rangka kerja perkembangan perniagaan yang meliputi beberapa peringkat:

  1. Peringkat Permulaan
  2. Peringkat Perkembangan Pesat
  3. Peringkat Kelestarian
  4. Peringkat Global

Bagi setiap peringkat, kajian ini menganalisa perkara-perkara yang melibatkan:

  1. Perkembangan perniagaan dan strategi
  2. Perkembangan pengurusan dan kepimpinan
  3. Perkembangan organisasi dan infrastruktur
  4. Faktor-faktor yang mempengaruhi dan konteks

Silalah baca laporan ini dan ambillah pengajarannya untuk membantu memahami kedudukan perniagaan anda di ketika ini dan apakah yang perlu dilakukan untuk merancakkan perkembangannya. Walaupun ianya satu laporan yang lama, pengajaranya masih relevan dengan perkembangan perniagaan di masa kini.

Rangka kerja perkembangan perniagaan kecil dan sederhana di Kanada (2003)