Site icon Minda CEO

Minda

Minda Seorang CEO

Seorang CEO adalah orang yang mempunyai kuasa eksekutif yang paling tinggi di dalam perniagaan. Oleh itu, dia kenalah memikul pelbagai tanggungjawab untuk mentadbir, mengurus dan memimpin perniagaan berkenaan. Ini memerlukan orang yang memikul amanah sebagai CEO untuk mempunyai minda yang sesuai untuk memahami cabaran dan membawa penyelesaian yang bersesuaian dengan kedudukannya di dalam perniagaan yang strategik dan kritikal itu.

Fokus platfom ini ialah kepada orang-orang yang memegang fungsi-fungsi yang menggambarkan seseorang itu berperanan sebagai seorang CEO. Oleh yang demikian, mana-mana orang yang mempunyai kuasa eksekutif yang tertinggi di dalam perniagan termasuk di dalam definasi CEO walaupun gelaran yang mereka gunakan boleh berbeza.

Oleh kerana orang yang berada di puncak mana-mana perniagaan boleh datang dari pelbagai latar, ada kemungkinan besar dia akan menumpukan usahanya kepada apa yang sudah biasa baginya. Bagi orang yang teknikal lebih kepada perkara teknikal, bagi yang alasnya dari pemasaran akan lebih kepada pemasaran. Ini adalah di antara punya mengapa seorang CEO boleh terlepas pandang banyak perkara lain yang penting tetapi berada di luar lingkaran kebiasaan beliau. Akhirnya perniagaan yang diterajui akan menanggung akibatnya.

Oleh itu, adalah penting bagi mana-mana orang yang memegang fungsi CEO untuk faham akan gaya pemikiran dan sudut pandang yang membantu mereka untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul untuk menerajui perniagaan. Perkara ini kena sentiasa dibina dan dimantapkan selari dengan kehendak dan keperluan perniagaan yang sentiasa berubah-ubah juga.

Minda di sini ditakrifkan sebagai kepercayaan atau pun persepsi diri yang mempengaruhi seseorang di dalam tindakan dan pilihan yang dibuatnya. Minda seseorang itu biasanya dipengaruhi oleh ilmu dan pengalaman beliau serta suasana yang dilalui di sepanjang kehidupannya.

Di dalam konteks seorang CEO, 5 Minda Asas CEO yang diketengahkan di sini ialah:

Kesemua corak-corak minda yang dinyatakan di atas akan membentuk kaedah pentadbiran, pengurusan dan kepimpinannya CEO berkenaan di dalam perniagaan yang menjadi tanggungjawabnya. Di dalam masa yang sama, tidak semua minda yang dikuasai oleh seorang CEO mempunyai kadar kematangan yang sama. Ada yang lebih matang berbanding dengan minda yang lain. Kepelbagaian kematangan ini juga akan mempengaruhi gaya dia menjalankan tanggungjawabnya.

Ini tidak pula bermakna tidak ada aspek-aspek lain yang memandu seorang CEO di dalam menjalankan amanahnya. Susunan di atas boleh jadi berbeza bagi orang yang mempunyai pengalaman dan pendedahan yang berbeza dari saya. Jangan runsing jika ada minda-minda lain yang dikemukakan oleh orang lain. Cuba fahami dan jika ianya bersesuaian, ambillah sebagai tambahan kepada apa yang disarankan di sini.

Jika kita perhatikan dengan teliti, minda-minda ini mempengaruhi tindakan dan interaksi CEO dengan insan-insan yang berada di dalam perniagaan mahu pun mereka yang berada di luar. Ini berbalik kepada asas di dalam pentadbiran, pengurusan dan kepimpinan. Apa yang ditadbir, diurus dan dipimpin itu adalah insan, bukannya bangunan, mesin dan perkara-perkara fizikal lain yang sebenarnya berada di bawah kawalan dan seliaan insan-insan yang terbabit.

Konsep 5 Minda Asas CEO ini juga perlu difahami berdasarkan konteks kematangan sesuatu perniagaan itu. Bagi perniagaan yang baharu diasaskan, keperluannya berbeza dengan perniagaan yang sudah mencapai tahap dewasa dan bersaing dengan perniagaan-perniagaan besar yang lain. Dengan mentafsirkan 5 Minda Asas CEO ini berdasarkan konteks perniagaan, seorang yang berperanan sebagai CEO itu akan dapat memilih aspek mana yang perlu didahulukan dan sedalam mana perkara-perkara tertentu perlu diperhalusi.

Di dalam perbincangan berkenaan minda-minda di atas, anda akan dapati bahawa di antara peranan CEO ialah merapatkan kedudukan yang ada dengan tujuan atau sasaran yang perlu dicapai. Kemampuan menutup jurang ini amat penting kerana perniagaan adalah dinamik dan tidak ada kestabilan yang berkekalan. Selepas satu jurang ditutup, akan timbul jurang-jurang lain yang perlu ditangani oleh CEO dan ahli pasukannya dengan cara yang terbaik.

Exit mobile version