Site icon Minda CEO

Belajar Strategi Dari Perang

Di dalam buku Minda Strategik, saya masukkan satu kajian kes berkenaan 3 peperangan pertama yang disertai oleh Rasulullah SAW, Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Saya menerangkan perbezaan strategi yang diguna pakai di dalam peperangan berkenaan.

Ada ramai orang berhujah bahawa disiplin strategi di dalam perniagaan sebenarnya diambil dari teori-teori peperangan. Ini juga ada saya sentuh di dalam buku saya itu. Jadi, sekira adanya peperangan, itu merupakan satu peluang yang baik untuk kita mendalami lagi ilmu strategi yang kemudiannya boleh diguna pakai di dalam menguruskan perniagaan.

Apabila Amerika-Israel menyerang Iran, ada banyak aspek-aspek strategi yang boleh kita pelajari. Ini hanya dapat kita manfaatkan sekiranya kita memerhati perang ini dengan tekun, mendapatkan maklumat dari sumber yang jujur, membuat analisa dan cuba mengaplikasikan apa yang kita perhatikan itu di dalam perniagaan kita.

Perang juga ada pelbagai perspektif, bukan sahaja bom mengebom sahaja. Sekiranya kita menghadkan pemerhatian kita kepada aspek ketenteraan sahaja, kita mungkin terlepas banyak perkara lain yang penting di dalam memahami strategi.

Apabila Iran menutup Selat Hormuz, ia bukan sekadar menyusahkan negara-negara Teluk untuk mengekspot minyak, gas dan lain-lain barangan petro kimia. Iran menyerang sistem kewangan Amerika dan mahukan rakyat Amerika terasa kesan perang apabila harga minyak di pam-pam minyak Amerika naik dan meningkatkan inflasi di Amerika.

Saya akan berkongsi aspek-aspek strategik peperangan di dalam siri #belajardariperang yang akan membantu anda semua memanfaatkan Perang Iran ini. Ianya adalah tambah baik dari perkongsian-perkongsian saya di media sosial.

Kita belajar sama-sama ya.

Exit mobile version