Mahu tidak mahu, seorang CEO kena terima hakikat bahawa dia adalah pemimpin. Oleh itu dia kena mampu membawa perniagaan ke tahap yang telah dipersetujui di dalam proses pembentukan strategi.
Dia juga kena meyakinkan ahli pasukan untuk menyumbang tenaga dan kepakaran mereka untuk sama-sama berusaha mencapai sasaran perniagaan.
Minda Pemimpin ini ada beberapa aspek seperti ilmu, kuasa, nilai, komunikasi, keberanian dan dipercayai.
