Strategi boleh dinilai di pelbagai peringkat pelaksanaannya berdasarkan tujuan penilaian dan kesesuaian tempoh berkenaan. Penilaian terlalu awal mungkin tidak begitu bermakna disebabkan banyak lagi aspek pelaksanaan yang belum matang. Penilaian di peringkat pengakhiran pelaksanaan strategi pula boleh menyebabkan pelbagai isu pelaksanaan atau asas tidak diketahui di peringkat yang mana pembetulan boleh dibuat bagi menjadikan pelaksanaannya lebih berkesan
Oleh yang demikian, tempoh penilaian strategi kena diperincikan dari satu strategi ke satu strategi yang lain. Ini tidak bermakna proses penilaian strategi secara keseluruhan tidak boleh dijalankan secara serentak. Apa yang perlu difahami ialah tahap kematangan setiap strategi boleh berbeza dan kena diambil kira di dalam preses penilaian strategi.
Penilaian di peringkat awal membolehkan sebarang isu kritikal dikenal pasti dan langkah-langkah pembaikan dapat diambil. Oleh yang demikian, ada perniagaan yang mengadakan penilaian strategi di pertengahan tempoh pelaksanaan strategi. Bagi penilaian pelbagai pelan perniagaan yang bersifat tahunan, penilaian di separuh tahun adalah satu amalan biasa. Dapatan dari proses penilaian ini membolehkan penyelasaran yang bersesuaian dibuat dan dilaksanakan sebelum ianya terlambat.
Penilaian diperingkat akhir pelaksanaan strategi membolehkan keberkesanan strategi dinilai secara keseluruhan berdasarkan pelbagain indikator dan dapatan yang diperolehi. Ini boleh dijadikan pengajaran dan pedoman untuk pembentukan strategi seterusnya.
Di ketika strategi dan pelan tindakan dibentuk, isu penilaian strategi juga boleh dibincangkan agar tempoh penilaian yang sesuai boleh ditetapkan. Ini akan diambil kira di dalam proses penilaian strategi secara keseluruhan kelak.
