Peperangan di antara Russia dan Ukraine adalah satu contoh isu geopolitik yang bukan sahaja mempengaruhi ekonomi rantau berkenaan tetapi juga ekonomi dunia. Harga minyak mentah telah memuncak dan menyebabkan pelbagai kos lain turun naik. Ini akhirnya akan menyebabkan kenaikan kos perniagaan dan boleh menjejaskan perniagaan yang diuruskan oleh seorang CEO.
Oleh yang demikian, seorang CEO kena memerhatikan kesan apa-apa isu geopolitik ke atas ekosistem perniagaan yang ditadbir dan diuruskan dan bertindak menyusun semula strategi dan pelan tindakan bagi menjamin perniagaan tidak akan terjejas apabila kesannya sampai ke negara kita. Seorang CEO kena bekerja ke atas perniagaan dan tidak terlalu asyik menyibukkan diri di dalam perniagaan.