Perniagaan sering kali berhadapan dengan pelbagai isu besar. Ini memerlukan CEO membuat keputusan yang kritikal pada ketika yang sepatutnya.
Bilik Perang atau pun War Room sudah digunakan oleh pelbagai pihak untuk menguruskan isu besar. Berdasarkan konsep Bilik Perang, data dan maklumat disalutkan ke satu lokasi yang mana ada pelbagai pakar yang akan menganalisa dan menafsir data dan maklumat berkenaan dan kemudiannya membuat cadangan-cadangan berdasarkan senario-senario yang telah dikenalpasti berdasarkan strategi-strategi yang telah dipilih.
Bilik Perang membolehkan CEO bersedia untuk membuat keputusan supaya ianya boleh dilakukan pada ketika yang tepat. Ini dapat mengelakkan keputusan dibuat secara semborono yang boleh membawa mudarat kepada perniagaan.