Program Minda CEO #1 disempurnakan

Para peserta Program Minda CEO #1 telah menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan membuat pembentangan berkenaan isu-isu perniagaan yang mereka hadapi dan bagaimana mereka menggunakan apa yang dibincangkan di dalam program ini untuk mencari penyelesaian. Tiga dari empat kumpulan yang terbabit menjadikankan pandemik Covid-19 serta kesannya ke atas perniagaan masing-masing sebagai fokus.

Ada yang telah juga mengaplikasikan beberapa konsep yang dikongsikan di dalam program ini di dalam perniagaan mereka dengan kesan yang positif. Sebagai contoh, apabila mereka menjelaskan sasaran yang dituju kepada ahli pasukan masing-masing, kejelasan tujuan ini membantu menaikkan semangat ahli pasukan mereka.

Selepas pembentangan, ramai peserta-peserta lain yang bertanya soalan dan juga memberi pandangan. Ini menjadikan aktiviti pembentangan ini lebih interaktif dan meriah.

Seperti yang dijangka, walaupun merujuk kepada sumber yang sama, peserta-peserta mengaplikasikan apa yang mereka belajar dengan pendekatan masing-masing. Ini dipengaruhi oleh ilmu, pengalaman, kecenderungan dan juga kreativiti masing-masing. Apa yang lebih penting ialah usaha untuk menghidupkan minda CEO di dalam meneliti isu dan mencari jawapan kepada persoalan yang ada.

Walaupun agak konseptual, meletakkan Minda Pengawas sebagai minda yang terawal dibincangkan menjadikan para peserta lebih sedar akan tanggungjawab mereka sebagai CEO yang kena mentadbir, mengurus dan memimpin dengan penuh tanggungjawab dan jujur. Minda ini nampaknya berjaya disemadikan di dalam jantunghati peserta. Ini dapat dinilai dari segi penyelesaian yang dicadangkan yang mengambil berat kepentingan pelbagai pihak yang terbabit, bukannya fokus kepada untung rugi sahaja.

Acara berfoto selepas tamat program

Semoga mereka akan dapat mengamalkan apa yang didedahkan kepada mereka melalui program ini di dalam mentadbir, mengurus dan memimpin perniagaan masing-masing.

Video ulasan Program Minda CEO #1

1 Comment

Comments are closed.