Akhirnya program Minda CEO yang pertama dimulakan dengan sesi berkenaan 5 Minda Asas CEO di Laman Pok Nik, Batang Kali.
Program ini dihadiri oleh 18 orang yang merupakan usahawan atau pun ahli kumpulan pengurusan kanan di organisasi masing-masing.
Sesi pertama ini amat penting kerana ianya menanam asas kepada corak pemikiran sebagai seorang CEO. Seorang CEO adalah pengawas, penstrategi, pembina, penghubung dan pemimpin.
Perbincangan Minda Pengawas (the mind of a steward) menjadi asas kepada minda-minda lain. Sekiranya seorang CEO itu faham dia bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir dan memimpin organisasi dengan penuh jujur dan amanah sebagai ibadah yang akan disembahkan kepada Allah, tentunya dia yang akan melakukan yang terbaik. Jadi, sebagai pengawas, dia akan berusaha untuk cemerlang di dalam kesemua usahanya sebagai seorang CEO.
Sesi yang akan dijalankan seterusnya ialah:
1. Sesi nilai dan etika
2. Sesi pengurusan perniagaan
3. Sesi pentadbiran perniagaan
4. Sesi kepimpinan perniagaan
5. Pembentangan tugasan secara berkumpulan

1 Comment
Comments are closed.