Persekitaran perniagaan akan sentiasa berubah disebakan oleh pelbagai sebab. Ini memerlukan seorang CEO untuk sentiasa belajar bagi menambahkan ilmu dan kemahirannya supaya mampu untuk menerajui perniagaannya untuk menangani cabaran-cabaran baharu demikian.
Ilmu boleh dipelajari secara formal di kelas-kelas dan seumpamamya dan boleh juga diserap dari orang-orang yang mahir di dalam perkara-perkara yang tertentu. Untuk belajar, seorang CEO kena membangunkan kemahiran untuk belajar.