Video: Minda Strategik

Seorang CEO kena mempunyai minda strategik iaitu jelas ke mana perniagaan mahu dibawa, macamana mahu sampai ke tujuan itu, mampu memimpin pasukan untuk melaksanakan perancangan-perancangan serta tindakan-tindakan yang perlu dan boleh mencari jalan jika timbul halangan-halangan luar jangka.

Dengan adanya kejelasan dari segi strategik, orang-orang yang berada di sekeliling CEO seperti pengurusan kanan dan para eksekutif akan senang untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang bersesuaian kerana mereka faham akan peranan mereka di dalam membawa perniagaan ke hadapan.