Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan nilai usahawan-usahawan yang memegang peranan CEO di dalam perniagaan masing-masing. Pendekatan yang berbentuk perbincangan dan kajian kes akan membantu usahawan-usahawan berkenaan untuk memahami minda sebagai seorang CEO, ilmu-ilmu yang perlu ditambah dan bagaimana mahu berinteraksi dengan ahli pasukan, pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain.

Secara kasar, kandungan program dan komitmen yang diperlukan dari peserta adalah seperti berikut:
- Perbincangan berkenaan Minda Asas seorang CEO secara bersemuka (1 hari di Laman Pok Nik)
- Perbincangan berkenaan nilai-nilai dan etika CEO secara bersemuka (1 hari di Laman Pok Nik)
- Perbincangan berkenaan bidang-bidang yang difokuskan oleh seorang CEO di dalam memimpin, mentadbir dan mengurus perniagaan (1 hari secara atas talian)
- Kajian kes dan pembentangan secara berkumpulan (2 minggu persediaan, 1 hari pembentangan di Laman Pok Nik)
Setiap kumpulan perserta dihadkan kepada 20 orang dan keutamaan diberikan kepada usahawan-usahawan yang ada pengalaman memimpin perniagaan sebagai CEO. Penyertaan ahli pengurusan kanan boleh dipertimbangan sekiranya ada ruang.
Pihak penganjur akan memaklumkan tarikh program dari masa ke semasa dan usahawan-usahawan yang berminat bolehlah menghantar permohonan kepada alamat email hasyudeen@gmail.com pada bila-bila masa dengan menyatakan:
- Latar belakang perniagaan anda
- Latar belakang akademik anda
- Peranan anda di dalam perniagaan yang dipimpin sekarang
- Mengapa anda harus diberi peluang untuk menghadiri program ini
Pemilihan setiap kumpulan peserta akan dibuat berdasarkan kepada merit seperti yang dinyatakan di atas dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Usahawan yang terpilih dikehendaki menghadiri kesemua program seperti yang dinyatakan. Penganjur akan berusaha untuk menetapkan tarikh-tarikh program terlebih awal bagi memudahkan perancangan.
Program ini akan menggunakan konten-konten yang dikongsikan di portal http://www.minda.ceo ini. Oleh itu sebagai persediaan dan rujukan, peserta digalakkan untuk meneliti konten-konten yang sedia ada. Tidak ada maklumat tambahan yang akan diedarkan. Pendekatan program ini adalah sama dengan dunia luar, tidak ada yang datang bergolek. CEO kena cari sendiri sumber ilmunya.
Tidak ada kos yang dikenakan bagi program ini. Peserta perlu menguruskan sendiri perjalanan, penginapan dan makanan semasa program.